- +6088-412 800
- +6012-318 1238
- +6088-412 886
ialah jenama perintis dalam Industri Tayar Masak sejak tahun 1979 lagi. Kami merupakan pengilang yang dipercayai untuk mengeluarkan tayar masak yang diyakini, cekap, dan selamat.
Dikenali sebagai "Pusat Tayar Masak Sehenti Borneo", kilang operasi kami terletak di Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu dan merupakan ibu pejabat Big Wheel (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan BigWheel Marketing Sdn. Bhd. yang berfungsi sebagai cabang pemasaran.
Kilang kami mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 300,000 tayar masak setiap tahun dan bersedia untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.
Dengan komitmen kami dalam mencapai mutu yang unggul, kawalan kualiti yang ketat, dan pekerja yang mahir, kami berusaha untuk menyediakan pelbagai produk tayar baru yang berkualiti tinggi yang menawarkan prestasi dan keselamatan yang optimum.
Kami merupakan Pengilang Tayar Masak yang Bertauliah, dan semua tayar yang dihasilkan di kilang kami mematuhi Malaysian Standards MS224:2019 and International Standards yang diakreditasi oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Secara berkala, tayar masak kami akan diuji ketahanannya oleh Lembaga Getah Malaysia, sebuah pusat global untuk Ujian dan Konsultasi Industri Getah.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pejabat Daerah Tuaran
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI)
Pensijilan Kualiti Produk untuk Tayar Getah Pneumatik untuk Proses Precured dan Hot-cured.
WhatsApp kami